PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan menganjurkan Program Gotong-Royong dan Pembersihan bagi membersihkan kawasan di sekitar Sungai Petani. Beberapa agensi lain akan turut terlibat dalam menjayakan program tersebut yang dijadualkan selama dua (2) hari iaitu dari 5 – 6 November 2023.

Sehubungan dengan itu, diharapkan orang ramai memberi perhatian dan berhati-hati ketika memandu bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja yang akan dilaksanakan sepanjang jalan utama bermula dari Tol Utara sehingga ke Kompleks SP Plaza. Ia juga bagi memastikan program tersebut dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Skip to content