PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN PEMBERSIHAN KAWASAN

Program Gotong-Royong dan Pembersihan Kawasan telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pada pagi ini. Hadir ke program gotong-royong tersebut ialah Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, pengarah-pengarah Jabatan, ketua-ketua Bahagian serta wakil kakitangan dari jabatan dan bahagian masing-masing.

Kesemua peserta yang terlibat dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil bagi membersihkan kawasan sekitar dan membuat kerja-kerja pengecatan kerb meliputi kawasan dari Jalan Badlishah sehingga ke Jalan Ibrahim. Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi.

Ucapan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua kakitangan MPSPK, agensi luar yang terlibat, pelajar-pelajar pusat pengajian awam dan swasta, pemaju-pemaju dan syarikat-syarikat swasta.

Skip to content