PENYERAHAN PROJEK CADANGAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA GERAI NIAGA TAMAN BERSATU

Telah berlangsungnya penyerahan Projek Cadangan Meroboh dan Membina Semula Gerai Niaga Taman Bersatu oleh pihak Kontraktor iaitu Abacon Enterprise kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Hadir menerima penyerahan tersebut ialah Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, beberapa orang pengarah jabatan dan ketua bahagian MPSPK.

Besar harapan MPSPK agar pembinaan semula gerai niaga ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam melakukan aktiviti perniagaan. MPSPK juga mengingatkan agar para peniaga dapat menjaga kemudahan ruang niaga yang disediakan ini dengan sebaiknya.

Skip to content