BERITA : 07 NOVEMBER 2023 (SELASA)

MESYUARAT MAJLIS PENUH KHAS MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 2 TAHUN 2023

Mesyuarat Majlis Penuh Khas Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 2 Tahun 2023 diadakan secara bersemuka dan dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., Tuan Setiausaha, En. Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit MDBB bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaanummul kitabal-fatihahsertaucapan aluan daripada Tuan Yang Dipertua MDBB dan seterusnya diikuti dengan Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Oleh Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu Bagi Penggal Oktober Tahun 2023 Hingga Disember Tahun 2025 yang dimulai dengan Tuan Yang Dipertua, Tuan Pentadbir Tanah Daerah Bandar Baharu dan seterusnya Ahli-ahli Majlis.

Setelah itu, mesyuarat diteruskan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Khas Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 08 Oktober 2023 yang lalu dan perbincangan maklum balas perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan lagi pembentangan perkara-perkara baru oleh Tuan Setiausaha MDBB dengan 2 kertas kerja pemakluman dan 1 kertas kerja pembentangan Bajet MDBB Tahun 2024 serta perbincangan hal-hal lain.

Akhir mesyuarat, Tuan Yang Dipertua MDBB mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis yang baharu dilantik dan berharap pasukan terbaru ini dapat berusaha untuk memacu Daerah Bandar Baharu supaya lebih membangun dan seiring dengan arus pemodenan masa kini.

Sekian.

Skip to content