𝟏𝟏 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔)

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

TAHNIAH!!! Majlis Daerah Yan (MDY) menerima anugerah Bandar Mampan bagi tahun 2023 sempena Program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban Indicators Network) yang lebih dikenali dengan singkatan MURNInets 2.0 dan ia disampaikan semasa Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Darulaman Park, Jitra.

Anugerah ini disampaikan oleh YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Kedah dan Timbalan Ketua Pengarah PLANMalaysia mewakili Ketua Pengarah PLANMalaysia. Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan menerima anugerah berkenaan mewakili Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan.

Turut hadir bersama mewakil MDY adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap, Unit Pusat Setempat (OSC) dan Jabatan Khidmat Pengurusan.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang program MURNInets 2.0 dilaksanakan.

Semoga Majlis Daerah Yan terus Maju Jaya di masa akan datang.

Skip to content