𝟏𝟑 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐀𝐊) 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡 (𝗠𝗗𝗬)

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Majlis Daerah Yan Bagi Suku Ketiga Tahun 2023 ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan,Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK., pada jam 3.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Majlis Daerah Yan Bagi Suku Kedua Tahun 2023 bertarikh 28 Ogos 2023 yang lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut dan disusuli dengan perkara-perkara baharu iaitu pembentangan Laporan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara Dan Stok Bagi Suku Tahun Ketiga Bagi Tahun 2023 dan hal – hal lain.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua-Ketua / wakil Jabatan / Unit MDY serta urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) MDY.

Skip to content