JITRA, 11 November 2023 – PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah) secara kolaboratif bersama Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menganjurkan Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2023 Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan pada 11.11.2023 (Sabtu) bertempat di Darulaman Park, Jitra Kedah dengan bertemakan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”.

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah dinobatkan sebagai penerima ANUGERAH BANDAR MAMPAN TAHUN 2023 Peringkat Negeri Kedah. YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK menerima pengiktirafan itu dalam majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri, YB. Tuan Haji Dzowahir Ab Ghani.

Tahniah dan syabas diucapkan di atas anugerah tersebut! Semoga dengan penganugerahan ini dapat terus membentuk bandar yang sejahtera dan berdaya huni.

Skip to content