16 NOVEMBER 2023

TAKLIMAT INTEGRITI TERAS DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Taklimat ini diadakan secara hibrid (bersemuka dan atas talian) yang dihadiri oleh semua kakitangan MDBB bertempat di Bilik Mesyuarat MDBB, Serdang, Kedah bermula jam 11.00 pagi. Manakala, penceramah jemputan yang hadir secara atas talian adalah Puan Balkhis Binti Abu Bakar., BCK., Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU), Kedah.

Taklimat dimulakan dengan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan yang mengalu-alukan kehadiran Pengarah JITU, Kedah dan semua kakitangan yang menghadirkan diri pada taklimat kali ini. Setelah itu, disusuli dengan bacaan doa dan taklimat diserahkan kepada penceramah, Puan Balkhis Binti Abu Bakar., BCK., untuk meneruskan sesi taklimat dan penerangan berkenaan tajuk integriti tersebut.

Taklimat berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan paparan menarik berkenaan akta-akta yang terlibat dengan penjawat awam dan bagaimana kesalahan-kesalahan boleh berlaku di pejabat yang melibatkan pecah amanah dan berlakunya aktiviti rasuah. Taklimat juga diselang selikan dengan paparan video agar lebih menarik perhatian peserta.

Akhir sekali, Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) selaku wakil pihak MDBB mengucapkan ribuan terima kasih dan melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah JITU, Kedah atas taklimat yang sangat bermanfaat untuk semua kakitangan dan berharap segala ilmu yang telah dikongsi bersama dapat meningkatkan pengetahuan kakitangan dalam menjaga integriti sebagai penjawat awam semasa menjalankan tugas seharian.

Sekian.

Skip to content