15 November 2023 – Mesyuarat dan khidmat nasihat berkaitan permasalahan tanah runtuh di Jalan Selasih 5, Taman Selasih yang dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua. Hadir bersama Jurutera Daerah JPS Kulim/Bandar Baharu dan Pegawai Pejabat Jurutera Daerah JKR Kulim/Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan ringkas oleh pihak perunding untuk keseluruhan hasil kajian Taman selasih. Pembentangan projek-projek yang telah dijalankan oleh MPKK dan cadangan pembaikan kawasan runtuhan semasa.

Hasil kajian perunding dengan beberapa cadangan pilihan kerja-kerja pembaikan dilihat melibatkan kos peruntukan yang amat tinggi. Pelaksanaan projek memerlukan keperihatinan dan sokongan sumber kewangan daripada pelbagai pihak bagi menyelesaikan permasalahan yang sekian lama membayangi penduduk setempat.

Cadangan kerja-kerja:1. Menaiktaraf Kolam Tadahan Taman Angsana (Kolam 1).

2. Pembinaan saliran utama yang baharu dari Kolam Tadahan Taman Angsana ke Kolam Tadahan Taman Selasih (kolam baharu).

3. Pembinaan Kolam Tadahan Baharu di Taman Selasih. (Kolam 2).

4. Menaiktaraf Kolam Tadahan Taman Semarak. (Kolam 3).

5. Pembinaan saliran utama yang baharu dari Kolam Tadahan Taman Semarak ke Sungai Keladi.

6. Kerja pembaikan lubang benam “new sink hole”.

Skip to content