𝟏𝟗 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝐀𝐇𝐀𝐃)

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐁 𝐄𝐗𝐂𝐎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔-𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Lawatan Pegawai Daerah Yan/Yang Dipertua MDY Bersama YB EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Ke Pulau-Pulau di Daerah Yan telah berlangsung pada 19 November 2023 (Ahad).

Lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Encik Mohd Subhi Bin Omar selaku Pemandu Pelancong berkaitan lawatan ini pada jam 8.00 pagi.

Kehadiran seramai 65 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan daripada Pejabat EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Pejabat EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Bahagian Perancang Ekonomi (BPEN), Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Pejabat Daerah dan Tanah Yan, dan Majlis Daerah Yan.

Turut hadir bersama semasa lawatan ini YB Halimaton Saadiah Binti Saad (EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), YB Abdul Ghafar Bin Saad (ADUN Guar Chempedak, Puan Maznim Binti Ismail (Pegawai Daerah Yan/Yang Dipertua MDY), Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi (Ketua Penolong Pegawai Daerah – Pengurusan Tanah), Encik Mohd Akmal Bin Azimi (Ketua Penolong Pegawai Daerah – Pembangunan), Encik Mohmmad Afifi Bin Mohammad (Penolong Pegawai Daerah – Pendaftaran), Puan Afifah Binti Mohd Asri (Penolong Pegawai Daerah – Pengurusan Daerah, para Penghulu Mukim dan para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Ketua-Ketua Jabatan MDY.

Lawatan dimulai dari Jeti Sungai Udang Yan dan antara pulau-pulau yang dilawati ialah Pulau Bunting, Pulau Bidan, Tuas Darat, Pulau Telor, Tukun Terendak dan Pulau Songsong yang merupakan pulau yang terdapat dalam Kawasan Jerai Geopark.

Setinggi – tinggi tahniah dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan / agensi peringkat Daerah Yan serta semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Skip to content