KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PLAN MALAYSIA) NEGERI KEDAH DAN MESYUARAT PENYELARASAN PENGARAH JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN PUSAT SETEMPAT (OSC) BAGI PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Pusat Setempat (OSC) bagi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman yang diadakan di Bilik Gerakan, Aras 5 Menara MPSPK.

Sebelum itu Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK, AMK., BCK menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah, Encik Mohd Munizam bin Abdul Aziz.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, TPr Rohani binti Abu Bakar, Ketua Bahagian Pusat Setempat (OSC), Encik Ahmad Jamaludin bin Ali serta wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.

Antara perkara yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah Pelaporan MyLCPScorecard, Pelaporan Pencapaian OSC sepanjang Jun – Oktober 2023 serta isu-isu serta prosedur berkaitan dengan proses permohonan pembangunan di Negeri Kedah.

Skip to content