𝟬𝟭 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗥𝗔𝗕𝗨)

Program Kuliah Dhuha : Tahsin Surah Al-Fatihah telah diadakan pada 01 November 2023 (Rabu) jam 8:30 pagi bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Yan.

Program Kuliah Dhuha: Tahsin Surah Al-Fatihah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Nizam Bin Mohd Noh, Imam Masjid Al-Wustha Guar Chempedak.

Aturcara program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mokhairuddin Bin Mahamad, Penghulu Mukim Yan selaku Pengacara Majlis. Program kemudiannya diteruskan dengan Bacaan Doa serta sesi Kuliah Dhuha : Tahsin Surah Al-Fatihah. Program tersebut berlangsung dengan kehadiran seramai 35 orang peserta dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, Pejabat Agama Daerah Yan serta Guru-Guru Kafa Daerah Yan.

Turut hadir dalam program ini ialah Encik Mohd Nizam Bin Saad, Pegawai Seranta MAIK, Penghulu Mukim Yan, Guru Kafa Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan.

Setinggi – tinggi tahniah dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan / agensi peringkat Daerah Yan serta semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Skip to content