MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL JERAI GEOPARK DAN PERASMIAN KOMPLEKS PELANCONGAN SUNGAI MERBOK SEBAGAI PUSAT PENEROKAAN JERAI GEOPARK

Sekitar program Majlis Perasmian Karnival Jerai Geopark Warisan Selayar anjuran Jerai Geopark dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), beberapa agensi kerajaan dan NGO yang lain di Kompleks Jeti Semeling. Karnival berlangsung selama tiga hari bermula dari 24 – 26 November 2023.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS., AMK., BCK hadir merasmikan Karnival Jerai Geopark Warisan Selayar pada hari kedua karnival berlangsung. Y.Bhg. Dato’ Timbalan SUK juga turut merasmikan Kompleks Pelancongan Sungai Merbok (Jeti Semeling) sebagai Pusat Penerokaan Jerai Geopark.

Turut hadir Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Pegawai-Pegawai Daerah, Pengarah-Pengarah Kerajaan Persekutuan, wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO berkaitan serta pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua bahagian dalaman MPSPK.

Skip to content