1. Sebut harga adalah dipelawa daripada Pembekal-Pembekal tempatan yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya dan berdaftar dengan Majlis Daerah Baling dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan/bekalan serta syarat-syarat seperti berikut :-

BIL   BUTIR-BUTIR TAWARAN SYARAT PENDAFTARAN HARGA DOKUMEN TARIKH JUALAN TARIKH TUTUP
  a.  Sebut Harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bersenjata Api Bagi ‘Cash In Transit’ (CIT) Dan  Simpan Malam (Vaulting) Kepada Majlis Daerah Baling Tahun 2024   MDB/SH/06/2023(PK)   i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)   220801- Kawalan Keselamatan  
ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)          
     RM 30     30 November 2023   Hingga    05 Disember 2023 06 Disember 2023 (12.00 Tengahari)

  • Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai 30 November 2023 hingga 05 Disember 2023 di Kaunter Hasil, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Baling dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM 30.00 (tidak kembalikan) dalam bentuk wang tunai. Pembekal hendaklah menghantar dokumen sebut harga menggunakan sampul surat berlakri.

  • Waktu kaunter beroperasi seperti berikut :-
  • Ahad – Rabu  : 8.00 Pagi – 4.30 Petang ( Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
  • Khamis            : 8.00 Pagi – 1.00 Petang

  • Dokumen Tawaran Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kod bidang berkaitan, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata bank terkini syarikat dan pembekal juga hendaklah berdaftar dengan Majlis Daerah Baling.

  • Dokumen Tawaran Sebut Harga mestilah di masukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda no. sebut harga dan tajuk perkhidmatan/bekalan.

  • Dokumen Tawaran Sebut Harga yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum atau pada 06 Disember 2023 dan tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari.

 
  Yang Dipertua Majlis Daerah Baling
Kedah Darul Aman    

  KENYATAAN TAWARAN KAWALAN KESELAMATAN BERSENJATA

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Skip to content