03 DISEMBER 2023 (AHAD)

rogram Lawatan Pelancongan Daerah Yan – Tour Yan ini telah diadakan pada 3 Disember 2023 jam 9.30 pagi bermula di Geo Budaya KAMC diketuai oleh Puan Maznim bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Yan. Lawatan tersebut diteruskan pada jam 10.30 pagi ke Perusahaan Mee Lidi Faiqa dan seterusnya ke Ladang Nira Nipah Ismail Che kar tepat jam 11.00 pagi. Seterusnya pada jam 11.45 pagi, lawatan diteruskan ke Perusahaan Kopi Cap Raga bagi melihat sendiri cara pembuatan kopi kampung. Pada jam 12:45 tengah hari, lawatan diteruskan ke sekitar Batas Ubi Deer Farm dan bersurai pada jam 2.00 petang.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Ketua Penolong Pegawai Daerah – Pengurusan Tanah, Encik Mohammad Afifi bin Mohammad, Penolong Pegawai Daerah – Pendaftaran, Penghulu mukim Yan dan Sungai Daun dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan Majlis Daerah Yan.

Skip to content