KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK KOD BIDANG
1. 104/2023
(KEJ)
Sebut Harga Kontrak Bagi Membekal, Menukar, Memasang Tayar Baru Luar dan Dalam Serta ‘Balancing’ dan ‘Alignment’ Kenderaan Jabatan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah Untuk Tempoh 24 Bulan

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang 220113 atau 110301 atau 110302

Harga Dokumen :RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 10 Disember 2023 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 20 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 07 Disember 2023

Skip to content