PERHATIAN

Berikutan dengan penganjuran Program Jualan Rahmah yang bakal diadakan pada 16 Disember 2023 di Tapak Parkir, Kompleks Jeti Semeling, pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) menjangkakan akan berlakunya kesesakan lalulintas sepanjang program berlangsung yang akan bermula dari 3.00 petang – 6.00 petang.

Justeru, adalah dinasihatkan pengguna-pengguna jalan raya Semeling – Sungai Layar agar merancang perjalanan dan mengambil laluan lain sebagai alternatif. MPSPK mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Skip to content