7 Disember 2023 – Yang Berbahagia, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bersama pengarah-pengarah dan anggota jabatan dalaman MPKK telah melaksanakan lawatan ke kawasan Kilang Risen Solar Technology Sdn. Bhd. Lawatan bagi mewujudkan kerjasama baik kedua-dua pihak antara MPKK sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dalam memastikan isu-isu pelabur industri dapat dilihat secara menyeluruh bersama pihak pelabur yang terlibat dalam proses kelulusan melalui inisiatif E10 (Permit Pembinaan Ekspres).

Delegasi ini disambut baik oleh Encik Waltz Yuan, General Manager Risen Solar diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak MPKK diberi taklimat ringkas mengenai Risen Solar Technology Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Puan Farah Wahida Binti Ismail, Senior Executive General Manager Office. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian cell production serta melihat proses module production.

Memetik sumber Malaysia Investment Development Authority – MIDA, Risen Energy melalui anak syarikatnya Risen Solar Technology Sdn Bhd memulakan pelaburan pertamanya di Asia Tenggara dengan membuka kilang pengeluaran di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah (Fasa 4) yang mula beroperasi komersial pada suku pertama tahun 2022.

Risen Energy merupakan antara syarikat pelopor industri solar dengan kepakaran yang luas dalam R&D fotovoltaik dan pembekalan penyelesaian end-to-end untuk keseluruhan rangkaian pengilangan solar.

Syarikat ini menghasilkan produk solar berteknologi dwimuka terkini bagi memenuhi peningkatan permintaan pasaran global dengan jumlah pelaburan sebanyak RM42.2 billion (perbelanjaan modal dan operasi) dalam tempoh 15 tahun.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content