10 DISEMBER 2023 (AHAD)

PROGRAM RAKAN BUMI – PENGHIJAUAN PENANAMAN POKOK PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

Program ini diadakan bertempat di Taman Tasik Seri Serdang bermula pada jam 8.00 pagi anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Perhutanan Kulim Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Kelab Rekreasi Sukan Serdang dan Pemadam Daerah Bandar Baharu.

Program ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta serta ketibaan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., ADUN Bandar Baharu, Prof. TS. Dr. Mohd Suffian Bin Haji Yusoff, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Roslan Bin Hashim, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Jabatan Daerah serta kakitangan-kakitangan agensi kerajaan dalam Daerah Bandar Baharu. Program diteruskan dengan aktiviti senamrobik dan disusuli dengan ucapan aluan dan perasmian daripada Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Setelah itu, Tuan Yang Dipertua MDBB, ADUN Bandar Baharu, Pengerusi Puspanita Daerah Bandar Baharu dan Pengerusi PEMADAM Daerah Bandar Baharu menjalankan upacara penanaman semula pokok merbau sebagai simbolik program pada kali ini.

Program ini dijalankan bertujuan untuk menggalakkan penanaman semula pokok sebagai salah satu aktiviti penghijauan semula kawasan dan memelihara bumi untuk generasi akan datang.

Selain aktiviti penanaman semula pokok, terdapat juga aktiviti lain diadakan seperti ‘tree climbing’, ‘skyrunner’ dan berkayak di tasik.

Semua peserta dan tetamu kehormat juga tidak melepaskan peluang mencuba semua aktiviti tersebut.

Skip to content