3.12.2023 (Ahad) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu menerima kunjungan lawatan kerja daripada Bahagian Teknologi Maklumat Kedah (BTMK) bagi membincangkan mengenai naiktaraf internet bertujuan melancarkan lagi urusan harian MPKP.Turut hadir Tuan Mohd Hamri Bin Abidin, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Kedah (BTMK) bagi mengetuai perbincangan yang juga turut disertai oleh wakil daripada TIME. Turut sama hadir Tuan Badrulhisham Bin Haji Sulaiman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu bagi.Selesai perbincangan, sesi bergambar serta penyerahan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada pihak Bahagian Teknologi Maklumat Kedah (BTMK).