𝟏𝟏 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDY Bil. 12 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan,Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK., ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Yan, Kedah.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan Puan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 11 Tahun 2023 yang diadakan pada 14 November 2023 yang lalu serta pembentangan laporan maklum balas perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut dan disusuli dengan pembentangan dan perbincangan beberapa kertas kerja bagi permohonan baru.
Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Laporan Jumlah dan Status Fail Permohonan Pelan-Pelan Pemajuan dan Pembentangan Untuk Pengesahan Kertas Pemakluman Permohonan / Pendepositan Bagi Tujuan Rekod PBT (Pendepositan CCC).
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan agenda hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Puan YDP Pengerusi.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil – wakil jabatan / agensi teknikal, Ketua-Ketua Jabatan / Unit Teknikal MDY dan urus setia Unit OSC MDY.