14 Disember 2023 – Majlis Perbandaran Kulim menerima lawatan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia bersama Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak.

Delegasi lawatan yang diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Siti-Ramah Binti Hj Shariff diberi taklimat dan perkongsian oleh YBrs. TPr. Haji Hamzah Bin Ab. Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Lanskap MPKK berkenaan Pembangunan dan Pelaksanaan Permit Pembinaan Ekspres E10.

E10 merupakan satu inisiatif bagi pengeluaran permit pembinaan secara pantas, membolehkan interaksi yang berkesan di antara pelabur dan Pihak Berkuasa Tempatan. Memudahkan kerja-kerja pembinaan dan akhirnya pengeluaran produk dapat dikeluarkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan tanpa kelewatan.

Skip to content