𝟏𝟐 πƒπˆπ’π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ‘ (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

Program Solidariti Palestin Jom Jalan Malam Peringkat Daerah Yan ini telah diadakan pada jam 8.00 malam bermula dari di Masjid Jame’ Badlishah, Pekan Yan hingga ke Pantai Murni Waterfront dan dibuat pelepasan oleh YB Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat serta Pegawai Daerah Yan/Yang Dipertua MDY, Puan Maznim binti Ismail.

Program dimulakan dengan persembahan pentomen dan sajak bertemakan Solidariti Palestin oleh anak-anak pelajar SMITI Darul Izzah seterusnya ucapan aluan oleh Puan Pegawai Daerah Yan/Yang Dipertua MDY dan disusuli dengan ucapan oleh YB Ustaz Azam bin Abd Samat.

Program diakhiri dengan bacaan Doa Qunut Nazilah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Nizam bin Mohd Noh, Imam Masjid Al-Wustha Guar Chempedak merangkap Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Yan.

Tujuan program ini diadakan kerana terkesan dengan situasi yang sedang hangat berlaku sekarang ini di mana ianya menyentuh isu kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh saudara kita serta memupuk kesedaran semangat perjuangan bersama di bumi Palestin khususnya di Gaza.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)/ Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal bin Azimi, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan), Cik Afifah binti Mohd Asri, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, LT (PA) Muhammad Zul Izzi bin Zulkifli, Ahli-Ahli Majlis MDY, Penghulu Mukim Yan, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Daerah Yan, Ahli PUSPANITA Daerah Yan dan Para Warga Majlis Daerah Yan serta Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Skip to content