𝟏𝟗 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 11 Tahun 2023 ini dipengerusikan oleh Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK. pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Agenda Mesyuarat Majlis Penuh ini dimulakan dengan aluan Puan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan Agenda Mengesah dan Meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 10 Tahun 2023 bertarikh 26 November 2023 lalu serta laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.

Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan menerima ketetapan Minit Mesyuarat Kecil Bangunan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 4 Disember 2023 dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 12 Tahun 2023 bertarikh 11 Disember 2023 yang lalu.

Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas makluman dan kertas kerja serta pelaporan untuk pertimbangan Majlis oleh jabatan / unit MDY bagi bulan Disember 2023.

Agenda Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Puan YDP Pengerusi.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha, Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.

Puan YDP Pengerusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir di atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Skip to content