MAKLUMAN
Daerah Kuala Muda mencatatkan sejumlah 188 Wabak Demam Denggi dengan 7 wabak aktif. 1 lokaliti hotspot telah dicatatkan iaitu Taman Ria Jaya Zon I dan 2, wabak tidak terkawal di lokaliti Taman Kelisa Ria Zon 3 dan Taman Ria Jaya Zon P.
Bagi lokaliti yang dinyatakan, jika anda mempunyai simptom demam denggi sila ke fasiliti kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan.
Luangkan hanya 10 minit seminggu untuk membersihkan tempat-tempat yang berpotensi menjadi bekas pembiakan nyamuk aedes
Sumber : Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda
