LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA (JPSPN) KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH MPSPK DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI (TPS) PADANG CIN

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSPN) hadir membuat lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Sampah MPSPK, Jalan Semeling dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Padang Cina Kulim.

Sesi lawatan kerja tersebut dihadiri Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Kulim (MPK), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam (SWCorp) dan Umpan Jaya Sendirian Berhad.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan, Haji Ayob bin Din, PCK., Cik Nurul Shashabilla binti Ahmad Sukri, Ketua Bahagian Undang-Undang, Ketua Bahagian Inspektorat, Puan Syakirah binti Abdul Kadir, Ketua Pelesenan, Puan Fatin Adibah binti Ruslan dan kakitangan dalaman MPSPK.

Lawatan bertujuan bagi meninjau secara dekat tempat pengoperasian pelupusan sampah di kedua-dua lokasi terbabit. Taklimat disampaikan oleh Operator Tapak Pelupusan Sampah MPSPK.

Skip to content