26 DISEMBER 2023 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MDBB BILANGAN 12 TAHUN 2023

Mesyuarat dipengerusikan secara bersemuka oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK. bermula jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan dan wakil jabatan yang berkaitan yang hadir pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat diteruskan dengan Tuan Setiausaha MDBB, En. Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar membentangkan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 11 Tahun 2023 yang diadakan pada 29 November 2023 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC), En. Zul Aiman Bin Md Salleh membentangkan perkara-perkara baru yang melibatkan 3 kertas kerja permohonan untuk kelulusan dan 1 kertas kerja pemakluman serta perbincangan hal-hal lain.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Ketua Unit Pusat Setempat (OSC), wakil Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan serta wakil Ketua Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan MDBB.

Skip to content