23 Disember 2023 – Pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSPN) yang diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Mohd Azhar Bin Abd Hamid, Ketua Pengarah JPSPN telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari (TPS) Padang Cina. Turut hadir bersama Encik Nordin Bin Amat, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWcorp) Negeri Kedah.

Pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang dihadiri oleh TPr. Haji Hamzah Bin Ab. Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap yang mewakili Dato’ Yang Dipertua MPKK, telah hadir bagi menyambut kehadiran delegasi tersebut dan diiringi bersama Tuan Sr. Syakir Bin Daman Huri, Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Puan Mazlina Binti Wahab, Ketua Bahagian Inspektorat, Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPKK.

Semasa sesi lawatan yang diadakan, Encik Jaafar Sadeq Bin Dato’ Mohd. Noordin, Pengarah Urusan Umpan Jaya Sendirian Berhad telah membuat pembentangan berkaitan cadangan tambahan dan pengubahsuaian tapak Sel yang dapat menampung 800 tan/sehari untuk tempoh 10 tahun. Cadangan kedua adalah untuk menyediakan ‘detention pond’ dan leachate pond’ bagi mengawal air leachate sebelum diproses dan dilepaskan ke dalam sungai semula. Delegasi lawatan bersama JPSPN seterusnya dibawa untuk meninjau sekitar tapak pelupusan sisa pepejal (TPS) Padang Cina, Daerah Kulim.

Pihak MPKK merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Ketua Pengarah JPSPN dan delegasi lawatan yang terlibat dan semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content