26 DISEMBER 2023 (SELASA)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 07 TAHUN 2023

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 07 Tahun 2023 dipengerusikan secara bersemuka oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail., AMK., BCK., bermula jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi yang mengucapkan selamat datang kepada semua Ahli Majlis MDBB yang baru dilantik dan berterima kasih di atas kehadiran pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 06 Tahun 2023 bertarikh 27 Jun 2023, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap dan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Khas serta pembentangan 6 kertas kerja juga perbincangan hal-hal lain.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Tahun Baru buat semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang tahun 2023 dan berharap perancangan tahun 2024 akan jauh lebih baik dilaksanakan dalam membangunkan Daerah Bandar Baharu ini.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

 

 

 

Skip to content