LAWATAN TEKNIKAL SAMBIL BELAJAR KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI CYPARK RESOURCES BHD. LADANG TANAH MERAH PORT DICKSON
Sekitar lawatan sambil belajar yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Ke Tapak Pelupusan di Cypark Resources Bhd. Ladang Tanah Merah Port Dickson.
Lawatan disertai oleh Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Pengarah Jabatan Kesihatan, Haji Ayob bin Din, PCK, dan beberapa kakitangan MPSPK yang berkaitan.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mendalami pengurusan sampah yang dilaksanakan oleh Cypark Resources seterusnya mempelajari sistem Waste To Energy (WTE) yang dilaksanakan oleh Cypark Resources di Tapak Pelupusan Sampah Tanah Merah yang lebih kepada mesra alam.