27 Disember 2023 – Majlis Pelancaran Gotong-Royong Semarak Komuniti yang dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Yang Dipertua dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis di Bilik Mesyuarat Al-Hikmah, MPKK.
Dato’ Yang Dipertua dalam ucapan pelancaran mengharapkan program ini dapat memupuk semangat kerjasama erat antara penduduk dengan agensi-agensi perkhidmatan. Memberi penekanan isu kebersihan adalah tanggungjawab bersama dan penglibatan komuniti daripada pelbagai kaum dapat merapatkan lagi semangat perpaduan.
Dato’ Yang Dipertua juga berharap program ini boleh berkolaborasi bersama pihak sekolah agar anak-anak dapat didedahkan dengan suasana semangat gotong-royong.
Untuk makluman, tarikh, masa dan tempat gotong-royong akan ditentukan oleh Ahli Majlis selaku ketua setiap zon. Wakil-wakil penduduk boleh berhubung dengan Ahli Majlis berkaitan cadangan menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan.
Semoga program ini dapat membudayakan amalan gotong-royong serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga setempat. Komuniti Bersih, Rakyat Sejahtera.