*𝐑𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐍𝐘𝐀𝐊 𝟓𝟎% 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈 𝐋𝐈𝐌𝐀*

Makluman Insentif Majlis Daerah Yan (MDY) 2024 iaitu dengan memberi *𝐫𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐢𝐭 𝐤𝐚𝐤𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝟓𝟎%*.

Permit kaki lima adalah penggunaan ruang kaki lima hadapan premis perniagaan oleh peniaga yang meletakkan apa-apa barang atau menjalankan sebarang perkhidmatan bertujuan mendapat keuntungan atau mempunyai nilai komersial.

Kadar bayaran asal adalah berjumlah RM720.00 setahun. Namun, bagi tempoh bermula *𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 , 𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐌𝟑𝟔𝟎.𝟎𝟎 𝐬𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧*.

Semua peniaga yang menggunakan ruang kaki lima di hadapan premis perniagaan perlu membuat permohonan dan mendapat kebenaran MDY dan jangan terlepas peluang menikmati rebat 50% ini dengan segera dan dapat menggelakkan anda dikenakan tindakan kompaun/ penguatkuasaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2024.

Skip to content