MAJLIS PERASMIAN SIAR SENI SP 2024

Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Siar Seni SP yang berlangsung pada 5 Januari 2024 bertempat di Jalan Patani. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis tersebut merupakan pembuka kepada tahun 2024 dan bertambah seri dengan kehadiran Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan Dato’ Haji Fauzi bin Mustaffa, Timbalan SUK (Pembangunan). Tidak ketinggalan juga, kehadiran mantan Pegawai Kewangan Negeri yang kini CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato’ Wira Ishak bin Murat memeriahkan lagi majlis tersebut.

Selaku tuan rumah, Dato’ Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK dan Setiausaha Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Sungai Petani yang hadir memeriahkan majlis malam tadi. Tidak dilupakan juga sekalung tinggi ucapan penghargaan kepada semua warga kerja MPSPK yang bertungkus lumus menjayakan projek tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Skip to content