PERJUMPAAN DATO YANG DIPERTUA BERSAMA KAKITANGAN MPSPK

Yang Dipertua MPSPK Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK pada hari ini telah mengadakan perjumpaan di Dewan Bankuet Aras 6 MPSPK. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama Yang Dipertua bersama kakitangan MPSPK pada tahun 2024.

Antara intipati ucapan semasa perjumpaan tersebut ialah beliau menyarankan agar kakitangan MPSPK berganding bahu dalam mempromosikan Sungai Petani melibatkan Sungai Batu, Geopark dan Semeling Sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Seluruh kakitangan diingatkan agar mengekalkan disiplin kerja dan mengamalkan budaya kerjasama antara kakitangan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada jabatan-jabatan yang berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Majlis diteruskan dengan Taklimat Pelaksanaan Inisiatif Kitar Semula “Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri Berasaskan Bahan Kitar Semula Trash4Protection” oleh Wastetowealth Holdings (M) Sdn Bhd. Trash4Cash merupakan aplikasi kitar semula yang memberi pulangan insentif dan telah menerima kelulusan daripada KPKT, Kerajaan Negeri Kedah, Kementerian Alam Sekitar dan SWCORP.

Turut hadir ke perjumpaan tersebut ialah Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Presiden CUEPACS, Dato’ Haji Adnan bin Mat, pengarah-pengarah jabatan, ketua-ketua bahagian dan seluruh warga kerja MPSPK.

Skip to content