𝟐 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Majlis perhimpunan pagi dan amanat yang dipertua majlis daerah yan bersama warga kerja Majlis Daerah Yan bagi tahun 2024 ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri kedah dan seterusnya sesi ucapan dan amanat bagi tahun 2024 oleh Puan Maznim binti Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Dalam ucapan beliau mengajak warga kerja mdy untuk bersama-sama mewujudkan suasan kerjasama, saling menghormati serta menerapkan budaya kerja yang cemerlang dan menyakinkan dalam setiap tugasan serta perkhidmatan yang diberikan.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Akmal Bin Azimi, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan, ketua-ketua jabatan serta semua warga kerja Majlis Daerah Yan.

#YanDaerahPelanconganDesa
#kedahsejahtera
#keluargamalaysia
#KeluargaYan
#YanLestari

Skip to content