10 JANUARI 2024 (RABU)

MAJLIS AMANAT YANG DIPERTUA BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU DAN PEJABAT TANAH BANDAR BAHARU

Program dimulakan dengan pendaftaran kakitangan-kakitangan Pentadbiran Daerah Bandar Baharu dan ketibaan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Pegawai Daerah Bandar Baharu di Taman Tasik Serdang, Serdang, Kedah bermula jam 8.30 pagi.

Program diteruskan dengan acara senamrobik dengan jurulatih yang juga merupakan seorang kakitangan di Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu En. Abdul Rashid Bin Abu. Setelah selesai acara senamrobik, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah serta disusuli dengan bacaan doa daripada kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu.

Selepas itu, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK menyampaikan amanat bagi tahun 2024 kepada seluruh kakitangan pentadbiran Daerah Bandar Baharu. Beliau memberi penekanan berkenaan peranan dan kecekapan melaksanakan tugas sebagai penjawat awam dalam skop masing-masing bermula dari bawah sehinggalah pengurusan tertinggi dalam usaha memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat setempat.

Akhir sekali, setelah Tuan Yang Dipertua memberikan amanat, majlis diteruskan dengan program “Clean And Walk” di mana Tuan Yang Dipertua, Tuan Setiausaha, Tuan Pentadbir Tanah serta seluruh kakitangan yang hadir dibahagikan kawasan gotong-royong untuk mengutip sampah dan membersihkan kawasan sekitar Taman Tasik Serdang bagi tujuan pengindahan dan penghijauan bumi.

Skip to content