SEMBURAN KABUS (FOGGING) TELAH DIJALANKAN DI TAMAN DESA DAMAI JITRA
Semburan kabus (fogging)
15 Januari 2024 (Isnin) – Semburan kabus (fogging) telah dijalankan di Taman Desa Damai Jitra oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Kubang Pasu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang pasu. Ini kerana, terdapat 4 kes denggi di kawasan terbabit. Orang ramai disarankan untuk menjaga kebersihan di kawasan masing-masing bagi mengurangkan penularan wabak denggi.