16 π‰π€ππ”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

PROGRAM TRANSFORMASI PASAR MALAM PEKAN YAN KECHIL SERTA MAJLIS PENYERAHAN KHEMAH DAN APRON KEPADA PENIAGA

Majlis penyerahan khemah dan apron bagi program Transformasi Pasar Malam Pekan Yan Kechil ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah. Ahli-Ahli Majlis Daerah Yan, ketua-ketua jabatan dan peniaga pasar malam telah dijemput hadir ke majlis ini. Majlis turut dimeriahkan dengan penyertaan pihak Klinik Kesihatan dengan membuka kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, bacaan doa dan seterusnya sesi tazkirah oleh Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Noh, PJK., Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan.

Seterusnya, sesi penyerahan khemah dan apron telah disampaikan oleh Puan Maznim binti Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan kepada peniaga-peniaga yang mempunyai lesen perniagaan. Sebanyak 109 unit khemah dan apron telah diserahkan kepada para peniaga yang terlibat.

Majlis diteruskan dengan taklimat oleh Pn Ummi Shafiqah Binti Mat Salleh daripada Pejabat Kesihatan Daerah Yan berkenaan “Kebersihan dan Keselamatan Makanan” dan taklimat daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Yan berkenaan syarat-syarat lesen perniagaan.

Tujuan pemberian ini adalah untuk menyeragamkan warna dan susunan khemah supaya suasana pasar malam lebih kemas. Diharapkan dengan pemberian ini dapat menarik minat pembeli dari dalam dan luar daerah serta meningkatkan taraf ekonomi daerah Yan. Kerjasama para peniaga amatlah dihargai untuk sentiasa menjaga kebersihan dan tidak meninggalkan sampah-sarap selepas menjalankan perniagaan.

Skip to content