𝐀𝐝𝐮𝐚𝐧 m𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 p𝐨𝐤𝐨𝐤 y𝐚𝐧𝐠 b𝐞𝐫𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 m𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 g𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐚𝐧 k𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 k𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 p𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢

16.1.2024 (Selasa) – Pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu menerima aduan mengenai pokok yang berpotensi menjadi ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar Taman Seri Meranti. Jabatan Landskap bertindak dengan menghantar unit bagi menyelesaikan aduan tersebut. Kerja-kerja pemotongan pokok serta pembersihan kawasan dilakukan sejurus selepas aduan diterima. Beberapa pokok ditebang bagi memelihara kawasan sekitar. Laluan tersebut merupakan salah satu laluan utama harian penduduk Taman Seri Meranti.Aduan berjaya diselesaikan dengan lancar atas kerjasama penduduk Taman Seri Meranti. “Salurkan aduan anda di platform yang betul. Majlis Perbandaran Kubang Pasu akan menyelesaikannya secepat mungkin”

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content