MAJLIS PERHIMPUNAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI BERSAMA PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Majlis Perhimpunan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Darul Aman anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama CUEPACS bertempat di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Dalam sesi perhimpunan ini, disampaikan taklimat CUEPACS Living Care, peranan PERKESO dalam perkhidmatan awam dan kepentingan dan kelebihan askar wataniah. Program diteruskan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Presiden CUEPACS, YBhg Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, DSDK., JMW., AMW., BKM., PKP dan diteruskan dengan ucaptama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, SSDK., DSDK., AMK., BCK.

Hadir ke perhimpunan pada hari ini Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK., Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK., pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua bahagian MPSPK. Majlis turut meriah dengan kehadiran wakil-wakil Jabatan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Skip to content