MAJLIS PERASMIAN AMANJAYA WALK

Telah berakhirnya Majlis Perasmian Amanjaya Walk yang berlangsung pagi tadi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof Bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK.

Amanjaya Walk mengumpulkan beberapa jenama kedai terkenal antaranya Inside Scoop, Secret Recipe, Tealive, Bask Bear, Chagee dan yang akan datang jenama pakaian terkemuka Uniqlo. Yang Dipertua MPSPK dalam ucapannya berharap Amanjaya Walk akan menjadi ikon baru bagi Sungai Petani dan mampu menarik pengunjung dari luar selain membuka peluang pekerjaan bagi penduduk setempat.

Turut hadir ke Majlis Perasmian pagi ini Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, TPr Rohani binti Abu Bakar, BCK dan Pengarah Jabatan Kesihatan Haji Ayob bin Din, PCK.

Skip to content