LAWATAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) KE URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC) KEDAH

31 Januari 2024 (Rabu) – Lawatan tapak oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (SBKSK), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Puan Nor Azizati binti Hamzah ke Urban Transformation Centre (UTC) Kedah yang telah diadakan semalam. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk meneliti keperluan bagi pembaikan dan naik taraf infrastruktur UTC serta naik taraf aset-aset agensi yang beroperasi di UTC.
 
Hadir sama di lawatan tersebut Pengurus UTC Kedah, Sr. Zamzama bin Mohd, Ketua-Ketua Agensi, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
 
Skip to content