LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
24 Januari 2024 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerima kunjungan mesra dari Majlis Perbandaran Kangar, Perlis (MPK) yang diketuai oleh Setiausaha MPK, Tuan Raziff Bin Yaacob. Lawatan kerja seramai 10 orang kakitangan MPK disambut mesra oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh serta kakitangan yang bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan Smart Parking di Bandaraya Alor Setar dan pengurusan Stesen Bas Shahab Perdana di bawah pentadbiran MBAS. Sesi taklimat dari pihak MBAS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, En. Sr. Zamzama Bin Mohd.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Kangar, Perlis diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'