LAWATAN TAPAK KE TAMAN REKREASI GUNUNG KERIANG, ALOR SETAR

7 Januari 2024 (Ahad) – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud telah mengadakan lawatan tapak ke kawasan Taman Rekreasi Gunung Keriang bersama beberapa pegawai MBAS bagi membincangkan mengenai cadangan menaiktaraf dan pembaikan yang telah dirangka oleh MBAS di kawasan tersebut selaras dengan program “Mai Singgah Alor Setar 2024”.
 
Y.Bhg Datuk Bandar juga sempat mengadakan perbincangan bersama pegawai-pegawai yang turut serta berkaitan isu-isu semasa di dalam kawasan Bandaraya Alor Setar dan status terkini perlaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dirancang supaya setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.
 
Skip to content