LAWATAN YB EXCO PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN NEGERI KEDAH, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR DAN BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI KEDAH KE KOMPLEKS PEKAN RABU, ALOR SETAR

18 Januari 2024 (Khamis) – Lawatan EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin bersama Majlis Bandaraya Alor Setar dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) yang telah diadakan pagi tadi ke Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar. Ketibaan YB Exco telah disambut oleh pihak Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad.
 
Pelbagai perkara dan cadangan telah dibincangkan untuk mengangkat semula Kompleks Pekan Rabu yang merupakan salah satu ikonik pelancongan sempena “Mai Singgah Alor Setar 2024” dan “Tahun Melawat Kedah 2025”. Lawatan diakhiri dengan sesi kunjungan mesra YB Exco bersama peniaga-peniaga di kompleks Pekan Rabu berkenaan.
 
Skip to content