MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH BERSAMA YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI NORIZAN BIN KHAZALI, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

21 Januari 2024 (Ahad)- Majlis Perhimpunan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Darul Aman anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama CUEPACS bertempat di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.
 
Dalam sesi perhimpunan ini, disampaikan taklimat CUEPACS Living Care, Peranan Perkeso Dalam Perkhidmatan Awam dan Kepentingan dan Kelebihan Askar Wataniah. Program diteruskan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Presiden CUEPACS YBhg Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat DSDK., JMW., AMW., BKM., PKP. dan diteruskan dengan ucaptama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali.
 
Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud; Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh, pengarah-pengarah MBAS serta kakitangan MBAS turut hadir ke perhimpunan tersebut.
 
Kredit foto : FB Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
 
Skip to content