PEMAKLUMAN

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) SESI 1 BAGI TAHUN 2024

Syarat Permohonan

  1. Pemohon/ Ibu/ Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah/ IPT).
  2. Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan).
  3. Permohonan dibuka bagi peringkat :
    a) STPM
    b) STAM
    c) Sijil Politeknik
    d) Sijil Kolej Komuniti
    e) Sijil Matrikulasi
    f) ASASI
    g) Diploma
    h) Ijazah Sarjana Muda
  4. Pengajian mestilah secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH/ IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency).
  6. Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN atau mengemukakan RESIT BAYARAN/ SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK SEKOLAH/ IPT.
  7. Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  8. Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon :
    a) Pelajar PASCA-SISWAZAH
    b) Pelajar SEPARUH MASA
    c) Pelajar LUAR KAMPUS
    d) Pelajar di INSTITUT PERGURUAN (IPG)
    e) Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
    f) Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti

Kadar Bantuan
RM300.00

Kaedah Permohonan
Secara dalam talian (online) melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt

Tarikh Permohonan
(Semester Pertama Kemasukan Baharu Jan 2024 – Jun 2024)
🗓️ 1 Mac 2024 – 30 Jun 2024

Info Lanjut
📞 Hotline : 04-7027297/ 04-7027291
📧 E-mel : sppnk@kedah.gov.my
📍 Unit Penajaan (BAKIPT), Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah

Peringatan
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN (ONLINE) sahaja. Terima kasih.

Skip to content