16 Januari 2024 (Selasa) – Program Ekspedisi Gunung Keriang MBAS bersama EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang telah diadakan bertempat di Gunung Keriang, Alor Setar.
Ekspedisi tersebut diadakan bertujuan bagi melihat kawasan-kawasan yang akan dibangunkan dalam perancangan pembangunan Gunung Keriang untuk menjadikannya salah satu tempat tarikan pelancong di Alor Setar khususnya Negeri Kedah.