PROGRAM SOLAT DHUHA & BACAAN YASSIN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR TAHUN 2024

01 Februari 2024 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Puspanita MBAS dan Biro Agama & Dakwah, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Dhuha & Bacaan Yassin Bulanan bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah pagi tadi.
 
Program telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS. Solat Dhuha berjemaah dan Bacaan Yassin serta doa selamat telah dipimpin oleh Ustaz Abdul Malik bin Che Haat, Pegawai Tadbir Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.
 
Hadir sama En. Nasrankamil bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS; En. Khairuddin Bin Idris, Naib Yang Dipertua Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar, Pengarah-Pengarah MBAS serta semua kakitangan dan ahli Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Selamat menunaikan ibadah buat YBhg. Datuk Bandar dan isteri yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Semoga diberi kesihatan yang baik serta memperoleh keberkatan dalam menunaikan ibadah oleh Allah S.W.T.
 
Skip to content