PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AFC ASIAN CUP QATAR 2023 - MALAYSIA VS BAHRAIN

20 Januari 2023 (Sabtu) – Sorotan foto Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan AFC Asian Cup Qatar 2023 antara Malaysia menentang Bahrain yang telah berlangsung sebentar tadi bertempat di Skrin Besar MBAS @Dataran Starwalk, Alor Setar.
 
Progam diserikan dengan kehadiran Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani; Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Haji Mohamad Radhi bin Mat Din dan ADUN Derga, YB Muhammad Amri Bin Wahab.
 
Turut diadakan pameran dan jualan serta acara cabutan bertuah buat para pengunjung yang hadir di program berkenaan.
 
Terima kasih buat ribuan pengunjung yang telah hadir sebentar tadi atas penjagaan kebersihan yang amat baik di sepanjang program berlangsung. Hangpa memang terbaik!!!
 
Jangan lupa tayangan perlawanan seterusnya antara Malaysia menentang Korea Selatan pada 25 Januari 2024 (Khamis), jam 7.30 petang.
 
Menang Kalah Tetap Harimau Malaya!!!
Jangan lupa mai!!!
 
Skip to content